TEKNOLOGI TIDUR BY FAHMI HUZAIRI

 TEKNOLOGI TIDUR.

Dah gaya ebook panjangnya kehkehkeh,so nak belajar,belajar betul² sekarang,semua dah reveal kat sini...
Ramai yang minta nak belajar pasal teknologi tidur dan teknologi tidur ini jugalah teknik pertama saya amalkan secara serius dan konsisten semasa melalui zaman kejatuhan yang sangat² teruk dulu.
AWAS!!! Posting kali ni memang sangat panjang lebar sebab saya sangat² serius nak pembaca cerdik 1%, berbanding semalam lepas baca posting ni.
Minta maaf juga kalau bahasa dalam penulisan kali ni ada yang kasar sebab saya ambil penulisan lama saya compilekan jadi satu posting.
Yang penting ambil yang baik untuk anda je ye,yang buruk tu saya minta maaf atas kelemahan diri saya dulu kala 😁.
Ok ready.....
.
.
Ubah cara tidur,ubah waktu tidur maka kualiti hidupmu akan mula berubah....
Waktu
terbaik
untuk memulakan hari adalah ketika sebelum tidur,bukan selepas bangun tidur.
Ini kerana mood waktu bangun tidur akan drive emotion spiral kita sepanjang hari...
Kalau emotion spiral kita low,negative,maka sepanjang hari kita akan dalam mood negatif,tak happy,tak best dan serba tak menjadi...
Akibatnya kita hilang ketenangan hakiki dan bila hilang tenang maka hilanglah menang dalam apa sahaja perbuatan dan pekerjaan sepanjang hari.
Diulang dan diulang setiap hari menjadi accumulation yang menjejaskan kualiti kehidupan kita seumur hidup.
Serabut hutang,serabut penindasan,serabut dipaksa buat apa yang kita tak suka buat,serabut kisah² viral di media sosial yang takde kena mengena dengan kita,semua benda serabut dan kita setiap hari hidup dalam putaran rat race....
Bagaimana dengan pernyataan "permulaan hari yang baik adalah bergantung dengan cara dan waktu kita tidur"?
Ini kerana mood or emosi sebelum kita tidur itulah yang akan menentukan mood dan emosi kita setelah bangun tidur...
Jadi apakah amalan sebelum tidur yang baik?
Berapa jam kita seharusnya tidur untuk dapat hasil tidur
terbaik
?
Posisi tidur yang
terbaik
?
Bagaimana nak bangun tidur dengan tepat seperti waktu dijadualkan walaupun tanpa jam loceng atau alarm?
Selepas bangun tidur,apa amalan nak kena buat untuk menjadikan sepanjang hari kehidupan jadi berkualiti dan seterusnya bagi impak kepada kehidupan selama² nya jadi lebih baik?
Apa itu alternate shower?
Kenapa kena gosok gigi guna tangan kiri?
Dan yang penting,bolehkah teknologi tidur bantu saya selesaikan masalah....
Hutang?
Bisnes sendu?
Nasib sentiasa tak baik?
Rumahtangga berantakan?
Anxiety?
Depresion?
Pannic attack...etc yang tak best melanda hidup kita?
In shaa Allah boleh ...baca balik petikan ayat paling atas di posting ni...
Bagaimana nak belajar tentang teknologi tidur ni?
.
.
1. 30 minit sebelum tidur pastikan dah mandi/bersihkan diri dan berwudhu....(tak kisahlah lepas ambil wudhu nanti terbatal sebab
peluk
pasangan,wudhu je 😁)
Kenapa kena mandi dan berwudhu sebelum tidur?
Sebab kita nak badan kita dalam keadaan rileks,selesa,sedap nak tidur....
Badan kita ni macam hp juga....kena charge,jadi tido itu adalah masa kita charge mind,body dan soul kita.
Pernah tak masa kita charge hp,sambil tu kita pasang youtube...lepas tu kita tertidur...pagi esok bila kita bangun,youtube masih terpasang dan bateri hp masih tak full charge...lama²,tetiap hari macam tu,hp pun boleh jadi rosak,bateri kong...betul ke betul?
Macam tu juga mind,body dan soul kita bila kita charge....
Bila kita tidur dalam keadaan penat,emosi tak stabil,marah²,benci,dendam,tak puas hati,rasa ada je benda tak setel lagi,melekit,kotor,tak selesa...benda ni lah yang akan mengganggu kualiti charge(tidur) kita.
Pernah dengar kan tentang pesanan Nabi Saw suruh maafkan semua orang sebelum tidur kan?
Dalam teknologi tidur ni saya akan kongsikan sekali...
.
.
2.duduk dengan tenang atas katil dan buat visualisation raptai jadual hari esok.
Nama dia mental reheseal.
Ingat tak masa zaman kita sekolah?
Sebelum hari sukan sebenar,akan ada hari latihan dan raptai sukan kan?
Kenapa ada raptai?
Sebab nak hari sukan tu nanti sempurna seperti yang dirancang kan?
Macam tu juga kita,kita nak hari esok yang sempurna dan menjadi untuk diri kita kan?
Jadi kita kenalah buat raptai tentang jadual kita hari esok...
So,buatlah visualisation apa aktiviti kita start dari bangun tidur sampailah kita nak tidur semula esok.
Visual kan tentang semua aktiviti kita start dari bangun tidur....
Bangun tidur buat apa,lepas subuh buat apa,lepas mandi buat apa,sampai tempat kerja buat apa,pandu kereta apa masa nak pergi kerja atau naik kenderaan apa,kat tempat kerja kita buat apa,balik kerja lalu jalan mana,sampai rumah buat apa...etc.
Banyakkan nak kena visualkan,penat gak ye dak hahaha...
So cara
terbaik
,tulis dulu jadual harian siap²...lepas tu baca dan baru buat visualisation raptai kehidupan kita untuk hari esok...
Ingat ye,visualisation dan berangan lain tau...
Visualisation ni kita kena rasa temprature dia,bau dia,warna dia,rasa dia...macam real.
Contoh kita tengah visual yang kita nak drive kereta pergi ke tempat kerja...
Kita rasa tangan kita pegang kereta,kita rasa tangan kita pegang stereng kereta tu...licin ke,berminyak ke,kita rasa kita tarik gear tu dari P ke D,gear kita tu rasa petak ke,bulat ke,kita rasa kaki kita tekan pedal minyak tu,separuh ke,full ke....
Means...masa visual tu kita macam dah ada kat kelakuan yang kita sedang visualkan tu...
Kalau kita visual yang kita sedang kira duit,kita rasa kertas duit tu kesat dia macamana,tebal dia macamana,bau dia macamana....
Jadi itu beza visualisation dengan berangan ye....
Banyak harini orang salah faham antara visualisation dan berangan .
Sebab tu tampal vision board gambar range rover bertahun² pun tak dapat² miliki lagi kereta idaman,lepas tu kau cakap semua sifu penipu kehkehkeh....
Nak range rover,u kena tau dulu bentuk dalaman dia macamana,kedudukan gear dia kat mana,radio dia kat mana,seat dia warna apa,kulit ke baldu,pedal dia rasa apa,bentuk dashboard dia macamana,rupa meter dia macamana,dalaman dia warna apa,kedudukan seat dia macamana...etc...
Barulah sedap nak buat visual....disarankan kalau nak dapat kereta idaman menggunakan teknik visualisation,u kena test drive dulu kereta tu,tak pun masuk dalam kereta tu dulu...
Print out gambar dalaman kereta tu,bukan setakat print out gambar body kereta je...sebab tu tak dapat,sebab u tak cukup kenal dia,dia pun tak berkenan nak jadi milik u hahaha...
Semua benda ada energy tau,jadi kalau nak kereta tu jadi milik u,u kena kenal betul² pasal kereta tu,barulah energy kereta tu akan feel untuk jadi milik u...
Sama juga macam duit...
U suka duit kan?
So kat belakang duit 100 ada gambar apa? Belakang duit 50 ada gambar apa?
Haipppp...jangan tengok duit dulu kehkehkeh...baca dulu ni sampai abis...
Tak tau kan?
U suka duit,u nak duit banyak² datang kat u,tapi u tak kenal duit...rupa dia camne,rasa dia camne,bau dia camne.?
So macamana la duit nak suka kat u?
Ini semua syirik ni...ada ke duit,kereta ada energy...ilmu sesat ni...
Its fine,terpulang kat u nak justify,tapi kalau berani,pergilah kat kereta u sekarang dan cakap nak jual dia,atau kutuk kereta u tu depan dia,tengok kereta tu meragam ke tak lepas ni...
So,bagi yang baru bermula nak buat mental reheseal ni dia agak sulit,ye lah baru nak buat kan,belum mahir...
So buat je dulu mana yang mampu,yang penting buat setiap hari dan upgrade 1% je setiap hari,lepas 100 hari u dah jadi 100% lagi bagus dari hari u bermula rite?
Buat dalam 5-7minit je visualisation raptai ni jangan lama²...nanti dah biasa,otak dah berkembang,sedar² je dah visual sejam sebab syok kehkehkeh....
Biar dia naik organik,jangan paksa yang penting konsisten hari² buat sampai jadi tabiat...
Tabiat ni apa?
Tabiat ni,kalau kita tak buat,dia jadi tak sedap hati,tak sedap badan macam membawang,mengumpat,merokok...tabiat ler tewww kehkehkeh...
So lepas visualisation raptai plak nak buat apa?
3. Maafkan semua orang atau cuci dan kemas blockage/sampah dalam diri...
Kalau lah nak cerita tentang result² orang yang buang blockage ni,letih aku nak taip satu²,macam² magik,macam cerita tak logik diaorang dapat...
Ada yang dapat kerja,dapat duit,dapat jodoh,dapat naik gaji,naik pangkat,tiba² orang bayar hutang,tiba² dapat projek besar...etc la benda best²....
Kenapa ek? Apa penjelasan nya?
Blockage ni apa?
Halangan kan?
So,selagi ada halangan,macamana rezeki nak masuk?
Ibarat salur air kat singki rumah u,air basuhan tak lepas nak mengalir keluar,bertakung kat singki sebab dalam saluran dah tersumbat dek pelbagai sampah,sayurnya,ayamnya,perut ikannya,rambutnya,nasinya,minyak bekunya...rite?
Apa jadi bila kita dah buang sampah tu?
Lancar la air mengalir semula kan?
Macam tu juga lah diri kita,banyak sampah,banyak blockage,macamana rezeki yang Allah dah cakap dalam Al Quran tu yang Allah dah sediakan rezeki yang berkelimpahan dan mencukupi...
Ada Allah cakap berkelimpahan dan tak mencukupi?
Tau tak berkelimpahan tu apa? Abundance tu apa?
Melimpah ruah bro,sis....ibarat kalau letak kuah sup dalam mangkuk,melimpah kuah sup tu keluar dari mangkuk sebab tak muat,berlebih² kuah sup tu...
Macam tu juga kita,rezeki Allah dah tetapkan,bagi kat kita ni sentiasa melimpah ruah dan mencukupi,so camne plak hidup kau boleh sempit rezeki?
Apa? Allah tipu ke? Allah punya janji ni level² manusia ke sering tak ditepati?
Allah tu......Tuhan sekian alam,
Maha pengasih Lagi Maha Penyayang,Pemilik hari pembalasan,tiada sesuatu pun yang setanding Allah.....
Jadi kenapa rezeki masih sempit, hutang masih berlipat²,duit selalu bocor?
Sebab rezeki takde ruang nak masuk dalam diri kita sis,bro....
Sebab dalam diri kita penuh dengan sampah,dengan halangan/blockage...ngerti kamu?
So,bila kita hari² sapu sampah,cuci kotoran,buang halangan maka akan banyaklah ruang, mula kosong dalam diri kita kan?
Jadi bila diri kita start ada ruang kosong,maka akan masuklah rezeki yang berkelimpahan ni kepada kita laju bagai air menderu....
Sebab tu ramai yang apply teknik buang blockage ni bagi feedback,kongsi result gila² kesan nya kepada mereka...
Apa itu blockage,sampah kehidupan?
Envy(iri hati)
Benci
Dendam
Marah
Dengki
Sakit hati...etc yang sewaktu dengannya
So macamana nak buang?
Amalan apa nak buat?
Kenapa sebelum tidur kena buat benda ni?
.
.
.
Ok lah...dah panjang dah ni aku menaip,penat plop hahaha...
Lagipun aku rasa,posting panjang² ni 3 orang je yang baca sampai abis kehkehkeh...
So banyak lagi aku nak kongsi pasal teknologi tidur ni dalam bentuk penulisan secara detail penerangannya,kaitan² nya....
Tapi tengoklah,kalau ramai nak aku sambung,aku akan sambung lagi lepas ni pasal cara atau teknik nak buang blockage ni,lepas buat buang blockage plak,nak buat amalan apa lagi supaya tidur jadi berkualiti?
Jam berapa sesuai nak mula tidur dan jam berapa bagus bangun tidur,berapa jam waktu tidur
terbaik
sebenarnya paling berkualiti untuk kita?
Apa itu teknologi tidur Rasullullah Saw dan apa beza dengan teknologi tidur ciptaan barat,apa beza dengan amalan gagasan robin sharma 5 am club?
Kenapa qailullah sangat penting? Apa plak qailullah tu?
Camne nak apply teknik buang blockage ni dan kenapa kena buat sebelum tidur?
Nabi Saw pesan,maafkan orang sebelum tidur,sebab tu aku amalkan teknik buang blockage ni sebelum tidur...
Kalau Nabi Saw sabda tu,ikut je,jangan dibangkang²...
So apa yang aku buat untuk buang blockage ada 2 level...
1 level shutdown,1 lagi level mengemas...
Level shutdown plop,apa tu?
Kalau korang kerja kilang la,korang mesti tau kan,setiap tahun kilang akan buat shutdown,cuci kilang bersih² kan,tutup kilang dan upah pasukan khas cuci kilang kaw²...
Jadi maksudnya besar besaran lah...
Segala mesin,segala vacum,segala serbuk pencuci,segala pewangi,segala cecair pembasmi kuman digunakan untuk mencuci kilang tu kan?
Level mengemas ni plak,ibarat macam kita sapu rumah la,tak pun vacum,sembur² longkang,cuci² bilik air,mop...etc...
Rumah kan tetiap hari kena sapu gak,habuk,sampah² kecik...betul?
So level shutdown ni biasa aku buat sebulan sekali...
Level mengemas ni buat hari²...
Untuk level shutdown...
Aku akan tulis semua nama² orang yang aku benci,menyampah,iri hati,sakit hati,dengki,sakit hati etc....
Kalau kata aku menyampah ngan seseorang,aku tulis lah nama dia,sambil tulis tu aku tonyoh pen tu kat kertas kaw² sebab memang menyampah kat dia...(ini contoh tau bukan serius 😂)
Means bukan orang yang kita berurusan je,orang yang takde kena mengena ngan kita pun,dia tak kenal kita pun,tapi kita nyampah ngan dia,tulis ke,influencer ke,artis ke,menteri ke,ahli politik ke,orang israel ke...
Contoh ada orang kau nyampah ni,kau tak tau nama dia,kau tulis je nama gelaran dia kat kertas tu asalkan kau tahu sebab apa kau menyampah,geram,sakit hati kat dia....cth...setan bawa myvi putih...
So sebab ni level shutdown,kau kena perah otak la sikit korek² dalam otak kau tu seramai mungkin siapa yang jadi blockage kau tu...
So dah siap tulis semua...
Kau sebut nama satu²...sebut penuh perasaan...
Owner crackhouse comedy club,aku maafkan semua kesalahan kau kat aku sebenar benar maaf dan semoga Allah ampunkan juga dosa aku kat kau sama ada sedar atau tidak sedar...dan semoga Allah kurniakan kau rezeki yang melimpah ruah dengan senang,cepat dan mudah sekali....
Setiap nama yang kau tulis,kau kena buat macam tu dengan penuh perasaan,betul² maafkan dan minta maaf dan seikhlas mungkin doakan dia sebab....
...sebab apa yang kita doakan,cakap kat orang lain,dia akan jadi ibarat bola tenis yang kita baling kat dinding,lagi kuat kita baling,lagi kuat bola tu melantun balik kat kita...
Means,lagi kuat kita maki orang,sumpah seranah orang,lagi kuat apa yang kita maki tu,sumpah tu datang balik kat kita..
Sebab tu kena doakan yang baik² kat orang lain,sebenarnya kita bukan setakat doakan untuk dia,tapi untuk diri kita sendiri juga...
Sebab tu kena sungguh² doakan kebaikan untuk orang lain..
Kalau dalam program excercise Bom Atom aku ada ajar tentang recycle sampah kehidupan...best kalau kau faham teknik ni,maki orang je dapat rezeki hahaha...nak belajar?
Pm tepi,join kelas Bom Atom dulu kehkehkeh
So kita sambung balik...dah siap kau maafkan sorang² tu,kau ponyot²kan kertas tu sepenuh perasaan,lepaskan segala rasa marah,tak puas hati,benci tu melalui ponyotan tu supaya tak tersisa dendam/blockage kau kat senarai nama dalam tu...
Dah lepas segala geram dan dendam....buat pernafasan dari syurga macam aku ajar...
La..apa plak pernafasan dari syurga ni?
Kau google je la belly breathing...tak pun join la kelas Bom Atom hahaha,aku ajar complete semua teknik pernafasan dalam tu nanti...
So lepas buat pernafasan dari syurga 3set...rasa tenang,rasa lega....
Kau bakar kertas tu,jadi kau bakar kertas tu atas katil kan?osah bangang...gi la keluar kejap ke halaman rumah barulah bakar ngok kehkehkeh...
So lepas bakar tu kau,kau tengok kertas yang jadi abu tu,kau feel kaw²...macam tu lah perasaan marah,benci,dendam kau kat semua nama dalam senarai tu berderai seperti abu kertas tu....
So,lepas aku buat level shutdown,so malam² lain plak aku buat level mengemas la plak...
Biasalah kan,malam ni kita maafkan sebahagian orang,esok ada orang lain plak yang buat kita marah,sakit hati,menyampah,benci...
sampah baru...tak pun sampah lama pun datang balik..
Contoh semalam kau dah maafkan menteri kesihatan,hari ni kau nyampah balik kat dia,so maafkan lagi....sampah kan,so dah nampak tu,sapu la,kutip lah,buang lah...
So tulis dan buat ritual yang sama sebelum tidur...
Sebab tu aku hari² selamba je menyampah kat orang,maki orang,contoh yahudi zionis,hari² memang kita akan menyampah kat dia...so itu blockage,jadi kalau hari² kita maafkan dia,in shaa Allah sampah tak lama melekat kat diri kita..paling lama pun 24 jam je,bukan seumur hidup...
Pernah dengar tak sambung silatulrahim ni besar darjat dia di pandangan Allah?
Nak aku sambung lagi ke...?
.
.
.
..
Sambung jelah..mood menulis tengah high ni hahaha....
Contohlah dalam hidup kita ni,ada sorang ni memang susah kita nak maafkan dia sebab kejahatan yang dia buat kat kita tu melampau,luar akal,jahat sangat macam rogol ke,liwat ke,bunuh ke kan...
Tapi sampai bila kau nak bawa blockage tu dalam kehidupan kau,sampai bila kau nak benci kat setan tu dan sempitkan rezeki kau sedangkan dia sedang bergembira dengan rezeki² yang melimpah ruah berbentuk istidraj?
Istidraj plop...itu topik lain la aku cerita sebab kita dalam hidup ni,walaupun nak rezeki yang melimpah ruah,tapi kita nak yang berkat dan halal kan?
So selain rezeki yang berkat dan halal,ada juga rezeki berbentuk istidraj dan tak berkat,tak halal...
So jangan dengki lah tengok penyamun² negara,kaki makan rasuah,penunggang² agama tu hidup kaya raya...
Sebab Allah tu Maha menepati janji,rezeki yang berkelimpahan dan mencukupi DIA janji,so semua orang dapat cuma bentuk dan redha je berbeza..
So kalau kau susah skang ni kena lah bersyukur sebab Allah tu bagi kau jalan sulit nak dapat rezeki yang melimpah ruah sebab dia nak bagi kau yang berkat dan halal...
Yang kau nak dengki lagi kat setan macam sajad tu,pondan macam safiey ilias tu kaya raya dah kenapa?
Sabar..tenang..cool...Barang baik,barang berkat,barang halal memang susah nak dapat kan?
Contoh kau jantan,nak puaskan nafsu...bayar rm100 kat pelacur dapatlah nikmat puaskan nafsu kan?Tapi berkat ke,halal ke?
Tapi kalau kau puaskan nafsu kau kat isteri kau yang sebelum boleh melakukan yang gitchew² ngan dia tu kau kena susah payah kumpul duit hantaran baru dapat miliki dia...halal tak? Berkat tak? Dapat pahala tak?
Faham dah bentuk rezeki ni ada 2 jenis?
Berkat dan tak berkat?
So ok..jom kita sambung...
.
.
.
Sebelum kita sambung,nak bagitau,siapa nak join program 90 days excercise Bom Atom boleh pm tepi,saya ada sediakan 5 lagi slot yuran diskaun 20%....
...
Jadi kalau kau tak mampu sambungkan silatulrahim.pun,at least kau maafkan orang tu sebab kau taknak dia jadi beban blockage yang menghalang kebaikan untuk diri kau...
Paling tidak,sekali je kau letak nama dia kat senarai blockage kau,kau maafkan dia,minta Allah juga ampunkan dosa kau kaymt dia sama ada sedar atau tidak sebab kadang² kita ni asyik nampak dosa orang kat kita je,tapi dosa kita kat orang kita buat² tak nampak kan?
Itu pun sejenis blockage tu....
Jadi bila kau mampu buat benda ni kat orang kau paling benci,kau ibarat dah buang satu halangan/blockage besar dalam diri kau dan akan muncul sangat banyak dan ruang yang besar untuk rezeki mengalir masuk kepada engkau memenuhi kelompongan yang ditinggalkanoleh blockage besar yang kau dah buang tadi tu...
Ha...ini time lah kau jangan nak menjerit kat mesengger aku..
"Tuan hensem,kacak macam jejaka pan asia belah korea area gangnam...lepas saya amalkan teknik buang blockage tuan ajar...tiba² saya pregnant walaupun sebelum ni doktor cakap saya mandul,tiba² kawan lama yang berhutang ngan saya dekat 30 tahun datang bayar hutang rm100k,tiba² bos saya naikkan pangkat ngan gaji saya,tiba² awek rumah sebelah yang kerja doktor pakar datang meminang saya walaupun saya ni level² jantan keparat je...
Tiba²...tibberrrr kehkehkeh....
So buat betul² teknik buang blockage ni setiap malam sebelum tidur kalau kau nak rasa magic gila² dalam kehidupan kau...
So ini adalah amalan ke 3 yang kau kena buat sebelum tidur selepas...
1.mandi/bersihkan diri/wudhu..dalam 5minit je.
2.mental reheseal atau visualisation raptai....dalam 5-7 minit je
3.blockage...dalam 5-10 minit je
So...nak aku sambung lagi ke amalan² lain yang lebih gedebance mampu hasilkan result yang gila best dalam kehidupan kau macam yang aku dapat sejak mengamalkan sungguh² teknologi tidur ni?

Comments

Popular posts from this blog

Siapa cakap untuk berjaya perlu lalui susah payah? Allah boleh beri kejayaan tanpa susah payah kepada hamba pilihanNya.

Tetap Dihumban Ke Neraka Walaupun Tidak Pernah Meninggalkan Solat