39 Tips Bisnes Maju
sekarang ni jam di handphone saya menunjukkan pukul 11:31malam... saya sedang bersedia untuk tidur
.
sepatutnya saya perlu pejamkan mata saya dan tidur
.
namun, minda saya sedang ligat fikirkan pasal usahawan-usahawan yang sedang bergelut untuk kembangkan bisnes... mungkin anda juga...
.
hati saya rasa tidak selesa jika saya tidur tanpa kongsikan tips bermakna buat anda yang memerlukan
.
semoga perkongsian cadangan-cadangan dalam post ini beri manfaat yang besar sehingga membuatkan bisnes anda maju dengan pantas
.
jom baca dan simpan baik-baik dalam bank memori minda anda dan janji dengan diri anda bahawa anda akan buat dengan segera dan sehabis baik
.
1. FOKUS kepada 2 perkara yg sangat penting yang anda perlu selesaikan. Pastikan ianya perkara yang membawa hasil kepada bisnes anda.
.
2. Pastikan anda wujudkan FAIL-FAIL bisnes anda. Simpan yang penting, buang yang tidak penting.
.
3. Amalkan 15 minit kerja, 5 minit rehat, kemudian 15 minit kerja
.
4. Buat List to do dan selesaikannya dengan sehabis baik dalam tempoh yang anda sudah tetapkan
.
5. Cintakan CABARAN dan belajar kawal emosi supaya kekal tenang dan positif
.
6. Mulakan pagi anda (seeloknya selepas solat tahajud atau selepas solat subuh) dengan pejamkan mata anda, dan bayangkan perjalanan hari anda berjalan dengan jayanya dan penuh bahagia. Masukkan rasa. FEEL the happiness of success.
.
7. Peruntukan 30 minit untuk anda baca bahan bacaan yang menyumbang kepada peningkatan kepakaran anda dalam bidang yang anda ingin kuasai
.
8. Wujudkan suasana yang membuatkan diri anda sentiasa bersemangat dan sangat bertenaga. Ia bermula daripada diri anda
.
9. Belajar kawal tekanan dengan baik dan cintakan tekanan positif yang menolak anda ke arah kejayaan dengan lebiha pantas
.
10. Sebelum tidur, anda mesti rancang siap-siap untuk hari esok. Minda separa sedar anda akan bantu susun tubuh badan anda dan menarik perkara-perkara yang anda telah rancangkan sebelum tidur
.
11. Fokus kepada 1 projek bisnes dalam satu masa. Jika anda buat banyak projek atau jual macam-macam dalam satu masa, anda akan penat, pening dan lambat berjaya. Fokus kepada 1 perkara akan buatkan anda lebih mudah dan lebih pantas berjaya
.
12. Pastikan anda ada masa santai dan masa riadah untuk refresh tubuh badan dan minda anda
.
13. Wujudkan jadual harian dan disiplin ikut jadual harian yang telah anda tetapkan.
.
14. Buat perancangan jangka masa pendek dan jangka masa panjang
.
15. Kategorikan tugasan2 harian anda kepada 3 kategori : Sangat Penting, Penting dan Kurang Penting
.
16. Apa sahaja aktiviti yang anda ingin lakukan, pastikan ia membawa anda semakin hampir kepada kejayaan anda
.
17. Kenalpasti masa yang terbuang sebelum ini, isikan dengan aktiviti yang bermanfaat
.
18. Peruntukan 30 minit untuk review atau muhasabah aktiviti dan hasil bisnes anda
.
19. Sabar dengan setiap proses menuju kejayaan
.
20. Kongsikan ilmu pengetahuan anda yang telah membuahkan hasil kepada orang lain. Anda akan lebih bijak dan lebih ramai orang akan sukakan anda.
.
21. Peka dengan situasi dan suasana semasa
.
22. Berkawan dan berkumpulan supaya anda dan kawan-kawan/kumpulan anda semakin maju dan kuat
.
23. Sentiasa jadi penasihat yang terbaik buat diri anda sendiri untuk kekal fokus dan usaha sehabis baik lagi rajin
.
24. Sentiasa cabar diri anda untuk capai tahap yang lebih baik
.
25. Jaga kesihatan dan kebersihan dengan baik
.
26. Kekal positif, tenang, bahagia, ceria dan sangat bertenaga
.
27. Sentiasa cari solusi dan tambah baik sistem yang sedia ada
.
28. Jangan berseorangan. Anda perlukan kumpulan yang saling bantu membantu dan memberi sokongan
.
29. Sentiasa banding diri anda dengan pesaing. Belajar daripada pesaing dan bersaing dengan cara yang sihat. Sentiasa ingin jadi yang terbaik
.
30. Sentiasa dapatkan pendapat dan pandangan daripada pihak yang lebih berjaya
.
31. Tingkatkan kualiti perkhidmatan pelanggan
.
32. Jadi seorang yang bermatlamat jelas dan berfikiran jauh ke hadapan
.
33. Jadi seorang yang komited untuk menjadi seorang yang cemerlang
.
34. Raikan kesilapan dan belajar daripada kesilapan. Orang bijak pantas belajar daripada kesilapan. Orang kurang bijak mengulangi kesilapan.
.
35. Kesilapan dan kegagalan adalah proses dalam menuju kejayaan. Raikannya dan belajar
.
36. Jadi seorang yang sentiasa bersedia awal.
.
37. Tingkatkan jumlah pelanggan setiap hari
.
38. Belajar dan fahami data-data dan formula-formula bisnes
.
39. Walaupun ini point terakhir, namun ianya adalah yang paling utama, sentiasa ingat ALLAH.
.
.
.
Jika anda rasa post ini sangat bermanfaat, silakan kongsi supaya ramai orang dapat manfaaf dan sama-sama kita dapat pahala
.
Jika tidak bermanfaat kepada anda, anda tak perlu klik butang share

Comments
Post a Comment