5 CARA LOCK PELANGGAN SUPAYA TIDAK CURANG
5 CARA IKAT PELANGGAN SUPAYA MEREKA TIDAK CURANGI KITA
.
Inchek tahu tak, pelanggan ialah orang yang paling mudah untuk curang. Kalau tak dijaga dengan baik, mereka akan beralih kepada brand lain. Tinggalah inchek bersama brand terpinga-pinga 'dikhianati' mereka. Sedih kan? Jadi, macam mana cara untuk IKAT MEREKA KETART-KETART?
.
#1 - BERI PENGHARGAAN
Tolong keluarkan sedikit modal untuk hargai pelanggan setia inchek.
.
Penghargaan boleh jadikan pelanggan inchek setia.
.
Beri penghargaan dalam bentuk hadiah, cabutan bertuah, belanja mereka makan di tempat istimewa atau sebagainya.
.
Tapi ingat, penghargaan ini hanya sesuai bagi pelanggan yang sudah repeat order paling kurang 5 kali.
.
#2 - VIP / MEMBERSHIP CARD
Tawarkan VIP card bila pelanggan incek dah buat belian sebanyak 3 kali.
.
Pastikan pemegang kad mendapat keistimewaan tertentu yang tiada pada pelanggan lain seperti diskaun 5%, pengeposan percuma atau sebagainya.
.
Beri point atau perkenalkan mata ganjaran setiap kali pelanggan membuat belian.
.
#3 - VOUCHER / KUPON DISKAUN
Sesekali, apa kata inchek tawarkan voucher diskaun kepada pelanggan setia.
.
Beri 3-5 keping voucher supaya ia boleh diedarkan kepada kawan atau keluarga terdekat pelanggan inchek.
.
Dengan cara itu, inchek dapat menambah bilangan pelanggan dengan cara paling mudah kerana sudah tentu mereka akan rekemen produk inchek kepada orang di sekelilingnya.
.
#4 - TINGKATKAN ENGAGEMENT MELALUI RELATIONSHIP
Pelanggan akan suka bila kita mesra atau melayan karenah mereka.
.
Kekalkan hubungan komunikasi dua hala supaya hubungan dengan pelanggan bertambah rapat.
.
Pastikan setiap post inchek disudahi dengan soalan, supaya engagement dapat ditingkatkan.
.
Peringatan! Tolong jangan guna kata nama 'admin, sy atau sis' kerana ia menjadikan hubungan inchek dengan pelanggan kurang mesra.
.
Sebaliknya, cipta satu watak dengan nama yang lebih mesra seperti Bang Mat, Kak Lia atau sebagainya.
.
#5 - WUJUDKAN GROUP KHAS
Sediakan satu group khas (telegram/whatsapp) buat pelanggan inchek, pelawa pelanggan baru dan lama untuk join group tersebut.
.
Pastikan group tersebut hanya boleh dikomen oleh inchek sahaja, ini bagi mengelakkan berlakunya aktiviti membawang atau jualan dalam group tersebut.
.
Rajin-rajinkan diri untuk sentiasa update group tersebut dengan content-content yang berkaitan dengan produk.
.
Content-content yang mungkin boleh inchek kongsi ialah tips atau formula.
.
Inchek juga boleh jadikan group tersebut sebagai lubuk mencari agen iaitu dengan cara berkongsi tips-tips bisnes.
.
Lepas tu, cuba pelawa kalau-kalau ada yang nak jadi sebahagian daripada team inchek.

Comments
Post a Comment