5 SEBAB KENAPA BISNES BARU NAK UP KENA TENDANG DAN BISNES YG DAH LAMA 'LEMAS'

RUPA-RUPANYA, INILAH 5 SEBAB KENAPA BISNES BARU NAK UP KENA TENDANG DAN BISNES YG DAH LAMA 'LEMAS' DALAM PASARAN. POINT KE 5 TU, MAJORITI BUSINESS OWNER TERJEBAK!

 

.
Apa yg nak sy ceritakan ni sebenarnya dihadapi ramai pemilik bisnes, termasuklah sy sendiri (suatu ketika dahulu). Dulu, sy selalu tertanya-tanya di mana silapnya sy hingga bisnes tak mampu berkembang. Padahal, sy rasa dah macam-macam strategi sy buat.
.
.
Rupa-rupanya, selepas berjumpa dan bersua batang hidung dengan beberapa mentor bisnes.. baru sy sedar!
.
.
7 perkara inilah yg mereka dedahkan kepada saya :
.
.
#1 - TAK BUAT RESEARCH!
========================
Masalah ni adalah masalah utama pemilik bisnes zaman sekarang.
.
Almaklumlah, senang sangat nk buat bisnes sekarang ni kan...
.
Setiap hari ada je founder baru muncul, padahal mereka tak sedar dalam masa yg sama lebih 10 founder gulung tikar!
.
Apa research yg perlu dibuat sebelum memulakan bisnes?
.
[+] Analisis pasaran (demand)
[+] Analisis audience (customer avatar)
[+] Analisis produk (apa yg nak diselesaikan)
[+] Swot analysis untuk bisnes sendiri & juga pesaing
[+] Analisis talent / team ygb diperlukan utk gerakkan bisnes
.
Cer tanya diri, pernah buat tak 5 analisis di atas?
.
Hah! Tak pernah? Bawak-bawaklah beristigfar dan insaf sebab inchek/inchekpuan sebenarnya sedang membunuh bisnes sendiri.
.
.
#2 - TIADA USP, VP & NOVELTY!
============================
"Apa usp produk inchek? Apa kelainan produk inchek berbanding yg sudah ada dlm pasaran? Kenapa orang perlu tinggalkan produk yg dah bertahun mereka pakai semata-mata utk guna produk inchek?"
.
Soalan-soalan kt atas tu memang tak ramai yg mampu jawab dengan tepat.
.
Sebaliknya, jawapan yg biasa sy terima ialah reaksi galu kepala dan senyuman kerang busuk. Hehe
.
Tu belum masuk bab novelty value lagi.
.
Kalau tanya sekarang pun mesti ramai yg tak tahu kan?
.
Tahu tak apa itu novelty value?
.
Pernah tak tengok orang jual air tepi jalan pakai costume spiderman atau superhero lain?
.
Haa, lebih kurang mcm tu lah novelty value.
.
Nak tahu detail nya kena tunggu perkongsian sy yg akan datang, tu pun kalau sy rasa nk citer la. Hehe
.
.
#3 - BRAND POSITIONING YANG TAK JELAS
=====================================
Bisnes yg tak jelas dengan positioning menunjukkan branding yg sangat lemah.
.
Bukan saja branding lemah tau...
.
Misi, visi dan halatuju juga pastinya tidak jelas.
.
"Pada siapa inchekpuan nk pasarkan produk ni ya?"
.
"Produk sy ni 10 dalam 1, semua org blh guna. Dari bayi sampailah yg tengah nazak"
.
Fuhhh! Berpeluh ketiak sy bila dengar jawapan yg penuh yakin dan angkuh tu 🤪
.
Tak jelas dengan positioning lah yg menyebabkan bisnes baru nk up tak boleh tembus pasaran.
.
Dan...
.
Bisnes yg dh lama pula 'lemas' dan tenggelam dalam persaingan.
.
Tahu tak kenapa Huawei dah pintas iphone?
.
Tak lain tak bukan kerana positioning dan juga branding (co-branding bersama Leica)
.
.
#4 - PAKAI TEORI AGAK, RASA & IKUT MEMVAVI BUTA!
============================================
Point yg ke 4 ni memang ramai sangat yg terjebak.
.
Buat bisnes pakai teori agak-agak, main ikut rasa.
.
Agak-agak :
.
"Agaknya, kalau aku jual tudung ni mesti laku keras, sebab ramai orang suka tukar-tukar tudung"
.
Rasa-rasa :
.
"Rasanya, kalau nak suruh jualan laris mesti kena jual murah. Baru ramai org berebut-rebut nak beli".
.
Ikut org memvavi buta :
.
"Ishh! Nampak hebat la bila nampak produk A ni pasang billboard. Aku mesti pasang jgk, baru nampak gah"
.
Inilah antara akidah yg salah dalam bisnes.
.
Buat keputusan tanpa data & fakta yg jelas.
.
"Sy baru buat bisnes, macam mana sy nak dapat data inchek?"
.
Jawapannya...
.
SEEDING & VALIDATION!
.
#5 - EGO NAK MAMPUIH!
===========================
Syok sendiri, tak upgrade ilmu & berada dalam zon selesa adalah antara tanda inchek/ichekpuan berada dalam tempurung ego.
.
Dapat sale ratus ribu dah rasa hebat, sedangkan...
.
Bisnes tu bila-bila masa saja boleh jatuh dan runtuh.
.
Ingat! Makin tinggi inchek/inchekpuan naik.. Makin sakit bila jatuh.
.
Macam mana inchek/inchekpuan nak detect penyakit ini?
.
Senang je...
.
Bila inchek/inchekpuan rasa diri lebih hebat daripada orang sekeliling.
.
Itulah dia penyakit ego.
.
Hati-hati dengan penyakit ini kerana lambat laung, ia menjerat diri sendiri.
.
So, macam mana cara nk buang ego?
.
Tukar circle!
.
Bergaullah dengan orang yg lebih hebat dari kita, supaya kita tahu bahawasanya...
.
Masih banyak kekurangan yg perlu diperbaiki.
.
Carilah guru atau mentor yg boleh bimbing kita.
.
Sentiasa cari dan upgrade ilmu.
.
"Tapi, sy dah baca buku. Tak perlulah nak cari guru bagai"
.
Ketahuilah, sebenarnya...
.
Inchek/inchekpuan sedang berguru dengan kebodohan sendiri.
.
Belajarlah secara berguru, kerana dalam berguru.. Ada berkatnya tersendiri.

Comments

Popular posts from this blog

Siapa cakap untuk berjaya perlu lalui susah payah? Allah boleh beri kejayaan tanpa susah payah kepada hamba pilihanNya.

Tetap Dihumban Ke Neraka Walaupun Tidak Pernah Meninggalkan Solat