KISAH BISNES CIKGU FADZLI

"Daripada beratus-ratus ribu RM, sekarang tinggal RM5,000 sahaja dalam akaun bank kawe!"
 

 
.
Sambil mengesat air mata sahabat Cikgu Li bercerita situasi yang sedang dialami oleh beliau sekarang.
.
Apakah yang menjadi faktor kejatuhan demo dalam bisnes?
.
Beliau menyambung cerita ;
.
1. Kawe terlalu berlembut dengan staf. Walaupun tak capai KPI bulanan, kawe tak buang.
.
Duit tak masuk, tetapi duit terpaksa keluar untuk membayar gaji staf yang tidak 'perform'.
.
2. Bila kawe nampak duit banyak dalam bank, kawe gi buka bisnes lain.
.
'Core bussines' kawe tinggal, kawe gi fokus kepada bisnes baru.
.
Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.
.
3. Kawe restock produk terlalu banyak. Biasanya kawe restock 1,000 sahaja setiap bulan.
.
Bila sale laju, kawe restock 5,000 unit terus.
.
Kebetulan staf pula bermasalah.
.
Duit habis dah untuk restock, duit untuk marketing pula takde.
.
4. Kawe boros dan mengikut nafsu. Walaupun kawe dah ada Honda Civic dan Peugeout, kawe gi beli beli Velfire.
.
Kononnya sebagai reward untuk kerja keras.
.
Sedangkan kawe nak menunjuk-nunjuk kepada kawan-kawan bahawa kawe sudah berjaya.
.
Sekarang kawe terpaksa menanggung ansuran bulanan RM2,000 hanya untuk Velfire tu sahaja. Tidak termasuk yang lain.
.
Sedangkan bisnes kawe sudah hanyut ke Laut China Selatan.
.
Sambil mengesat air mata beliau menamatkan cerita.
.
Begitulah kawan-kawan, tidak semestinya apa yang kita rancang akan menjadi kenyataan.
.
Tidak semestinya bulan ni kita untung besar, bulan depan kita untung besar juga.
.
Tidak semestinya hari ni hujan, esok akan hujan jua.
.
Berjuang dan terus berjuang demi masa depan yang gilang gemilang.

Comments

Popular posts from this blog

Siapa cakap untuk berjaya perlu lalui susah payah? Allah boleh beri kejayaan tanpa susah payah kepada hamba pilihanNya.

Tetap Dihumban Ke Neraka Walaupun Tidak Pernah Meninggalkan Solat