RASA DOWN, RASA KENAPA HIDUP ORANG LAIN LEBIH BAIK?
CUBA SEMAK SEMULA DAN TENGOK BALIK DIRI KITA
Allah bagi kita sempurna anggota badan,
Allah bagi kita makan yang sedap2 setiap hari,
Ada orang allah bagi dia buta tak dapat melihat tapi masih lagi gembira dgn hidup dia, tapi kita allah bagi kelebihan dapat melihat keindahan alam tapi masih lagi bersedih? yeke ke kita ni malang?
Ada orang allah bagi dia pekak tak dapat mendengar tapi masih lagi gembira dgn hidup dia, tapi kita allah bagi kelebihan dapat mendengar keindahan zikir dan selawat tapi kita masih lagi bersedih? yeke ke kita ni malang?
Ada orang allah bagi dia bisu tak dapat bercakap, tapi masih lagi gembira dgn hidup dia. Tapi kita allah bagi kelebihan dapat bercakap dan mengaji tapi kita masih lagi bersedih?
Ingatlah walaupun kita lihat orang lain hidup lagi mewah dari kita, hidup lagi senang dan bahagia dari kita, kita tetap perlu bersyukur dan gembira dgn apa yg allah dah beri pada kita. Sebenarnya apa yang allah dah beri pada kita adalah lebih dari ckup cuma kita sahaja tak perasan dan tak bersyukur, kerana kita sering melihat orang lain yang dapat lebih dari kita.
Cuba kita tukar pandangan kita lihat pada orang yang dapat kurang dari kita contoh orang2 yang kurang upaya, walaupun mereka kurang upaya mereka tetap jalani hidup dgn bahagia dan berusaha bukan dgn berputus asa dan mengeluh.
Kita hari2 dapat makan nasi berlauk ayam/ikan/daging, hari2 bertukar2 menu.. Ada orang hanya makan nasi dgn garam sahaja, wlupun begitu mereka tetap bersyukur dan tidak mengeluh dgn hidup mereka.
Jadi kita hendaklah rasa bersyukur dgn apa yang allah dah beri pd kita, terlalu banyak nikmat yang allah dah beri kepada kita kenapa kita masih tidak menghargai allah? kenapa kita masih melanggar perintah allah.. Allah yang menjaga kita memberi makan pada kita sejak kita lahir sampai lah kita mati.
Kenapa kita masih tidak berterima kasih pada allah?
Lepas ni kita cuba tukar pemikiran kita dan matlamat kita, kita start berniat yang sekarang ni kita hidup nak bantu orang yang serba kekurangan dari kita bukan lagi kita mengejar orang yang lebih kaya dan lebih senang dari kita. Sebab sekarang ni kita sebenarnya dah cukup bahagia dah cuma kita shja yang tidak sedar.
Apabila kita mula bantu orang yang kurang upaya dan orang yang kurang makanan maka kita akan mula rasa nikmatnya hidup kita yang allah dah anugerahkan, dan lama kelamaan hidup kita automatik menjadi seperti yang kita impikan, walhal waktu kita mengejar kebahagiaan hidup dlu punyalah susah utk kita capai.
Tapi selepas kita lupakan tentang kememawahan dan kesenangan hidup ketika itulah kemewahan dan kesenangan itu hadir tanpa kita sedar sebab ketika itu kita tidak lagi mengejar apa yang kita mahu tapi kita mengejar apa yang allah mahu.
Comments
Post a Comment