KISAH HIDUP SAYA

 2007 (tingkatan 1)

dpt masuk kelas tercorot, berkenalan dgn gengster skolah

start belajar jadi gengster

start lepak malam sampai jam 2 pagi

ada try hisap rokok tapi tak ngam sebab sy asma

zaman sekolah sy ada ramai kawan

ada kawan main bola

ada kawan jadi gengster

ada kawan main motor

ada kawan gunting rambut

ada kawan g surau

ada kawan g ngaji

semua kawan2 ni adalah group yg berbeza beza

saya berkawan semua sebab sy nak rasa semua haha

 

2008

dapat naik kelas

takde budak gengster

sy jdi kepala

suka sikat rambut ala emo

ada sorng pengikut

tapi gengster tak pukul tak buli org

just gengster biasa2 duduk belakang

malas belajar

tibe2 dapat hidayah

insaf dan start pakai songkok

takde lagi rambut imo

pakai songkok pun sbb nak simpan rambut panjang haha


2010 

dapat masuk kelas aliran sains

asalnya sy target nak masuk teknik apa jurusan automotif sebab saya minat kereta

zaman sekolah sy minat main bola dan minat kereta shaja

tapi lepas dah dapat kelas sains sy tak jadi tukar masuk teknik

sebab cikgu kelas cakap kelas aliran sains ni senang dapat tawaran belajar

so sy pun stick jela dgn kelas sains

 

2012(umur 18 tahun)

tahun yg paling bahagia kerana tamatnya zaman persekolahan haha

tahun yg sama pertama kali merasai alam pekerjaan

kerja pertama delivery guy di syarikat mcdonald

kerja kedua piun penghantar barangan sparepart kereta

kerja ketiga sebagai waiter di hotel 5 bintang di kuala lumpur

tapi rupanya saya baru sedar yang saya tak minat bekerja

mungkin sebab saya bukan dari family yg susah

jadi makan minum pakaian semua cukup

saya tak rasa nak bekerja lagi ketika itu

semua kerja yg sy buat hnya dpt bertahan sebulan sahaja

kemudian sy buat keputusan menyambung pelajaran

sebab utama sy smbung belajar sbb kawan2 smu smbung

kawan2 rmi yg dpt intake tgh tahun sy sorng yg dpt intake akhir tahun

sy minat komputer jadi saya apply kos teknologi maklumat dan di terima masuk ke politeknik pineng

satu hari ketika sedang lepak kedai makan kawan saya ajak sy ikut dia masuk politeknik perak

dan ambil kos ukur bahan sama dengan dia, katanya dia akan tolong sy semasa sy belajar

sy pun buat keputusan untuk tukar kos sebabkan dekat pineng sy tiada kawan

sementara nak tggu intake akhir tahun sy bnyk habiskan masa di rumah dan bermain futsal

siang surfing internet belajar main gitar belajar jadi hacker dan main game

malam main futsal dan lepak mamak

itulah jelah aktiviti saya sebelum masuk politeknik

tiba2 satu hari selepas raya ketika di cybercafe sdg bermain dota

ada msg masuk dari seorang wanita yg sy tidak kenal di facebook

mula2 saya rasa pelik tapi saya layan shja sebab wanita

wanita ini memakai purdah dan dia ingin berkenalan

dia kata dia jmpa fb sy dari fb kawan dia di madrasah

kawan dia tu kenal saya kerana sama sekolah rendah

jadi kami pun borak2 jelah utk perkenalan

then kami menukar no telefon untuk menyambung borak nanti

ketika itu kebetulan wanita ini sedang bercuti dari madrasah kerana ada masalah kesihatan

jadi dia dapatlah menggunakan handphone utk berchitchat

saya pun sebenarnya tiada kawan chitchat dan sy pun tak berkawan sangat dgn wanita sbb sy ni seorang pemalu, 

di skolah dulu pun adalah sorang dua je kawan perempuan sy

jadi apa salahnya sy cuba berkenalan, masa tu tak terfikir apa2 pun just niat nak berborak2 je

lepas dah borak2 baru tahu yg dia sakit dan sy merasa kesian jadi sy decide untuk jadi teman dia berbual

ialah dia nak berbual dgn kawan2 perempuan dia smu masih ada di madrasah lagi sbb belum cuti, kawan laki dia takde sbb sekolah madrasah hnya ada perempuan sahaja

start dari situlah kami mula berkawan baik

lepas dah beberapa bulan berkawan mula la timbul perasaan cinta

yela bila dah rapatkan org kata mula2 kawan lama2 jadi suka ye dok

di sebabkan dia sekolah madrasah jadi kami taklah selalu dapat berhubung

hanya ketika dia cuti sahaja baru kami berhubung sbb di madrasah tidak dibenarkan membawa telefon

jadi sebelum saya mula masuk ke politeknik sy sempat la luahkan perasaan pada dia yg sy suka dia

dia mula2 agak terkejut sbb dia aggap saya hnya kawan baik shaja, tapi untuk sy dialah satu2nya kawan perempuan yg sy ada jadi taknak aggap dia sbgi kawan shja

apa yg buat sy tertarik dekat dia adalah sebabkan dia belajar agama, sy ni kurang mendalami ilmu agama jadi ingin belajar dgn dia

dan masa tu jugak sy terus niat nak berkhawin dengannya jika ada jodoh kerana nanti senang dah ada isteri yg boleh didik anak2 dengan agama

dan mesti nak tahu kan apa jawapan yg gadis fb ni berikan

gadis ini bersetuju utk menerima sy sebagai kekasih haha (adik2 jgn tiru ya ni acah2 couple islamic ni)

lupa nak bagitahu gadis yg sy suka belajar dekat dgn rumah sy satu daerah yg sama

satu hari masa dia di madrasah, dia dpt contact sy bagi thu yg dia nak jmpa sy dia nak bagi hadiah

mula2 sy menolak sebab sy sgt pemalu nak berjumpa perempuan tapi dia paksa jgk sy utk dtg sbb dia dah belikan sy hadiah

so sy pun terpaksalah jugak datang sbb dah kene paksa

kami berjumpa di klinik sebab dia ada appoinment utk rawatan lanjut berkenaan sakit dia

masa jumpa tu memang saya sgt malu tapi sy buat2 macho, dlm masa yg sama sy sgt happy sbb dpt berjumpa utk pertama kali

sy juga ada bawak sedikit hadiah, so kami saling bertukar hadiah


2013 (kehidupan di politeknik)

tahun bermulalah zaman belajar dan merantau di tempat orang

tahun yg pertama kali sy berjauhan dgn ibu bapa saya 

semester pertama sy di pilih menjadi ketua kelas sy pun tak tahu apa sebab

masa ni sy cuba nak perkenalkan diri dgn jadi sgt active dan sgt exposure

mgkin sebab life dan enviroment baru jadi sy cuba jadi berbeza

saya berkawan dgn smu orang dalam kelas termasuk lelaki dan perempuan

jadi exposure ni macam jadi gila2 sikit la, buat perkara yg tarik perhatian

walaupun sy couple dgn gadis islamic tapi sy blum lagi full islamic

sy masih sama org yg jahil bab agama, 

gadis tu ada je ajar bab agama tapi tak la banyak sikit2 je

yela dia pun bukanya ustazah lagi, dia pun masih belajar jadi dia share mana yg dia tahu shja

sy pun bukanlah yg heavy sangat, sy pun solat je sbb dari kecik mmg mak ayah dah didik utk solat

zaman sekolah pun selalu kene jadi imam mgkin sbb pakai songkok mse skolah haha

sedangkan tak pandai sgt pun bab agama

semester pertama macam biasa la duduk hostel dalam kampus

sy dan gadis fb tu masih lagi contact kalau dia balik bercuti dia akan contact saya

so sy dan gadis tu contact2 gitu jela

 

2014 (zaman gelap)

sy praktikal di syarikat ukur bahan, 

tapi sy hnya dapat bertahan sebulan shja sebabkan masalah kesihatan sy tak dpt nak teruskan

sy bagi tahu parent sy dah berhenti, sy dah buat keputusan tnpa berbincang

jadi bermulalah peperang sy dgn ibu bapa

sy bergaduh dgn ayah saya sbb ayah sy paksa sy teruskan

sy lari rumah, sy ddk masjid, sy jmpa abg azli

masa lari sy fikir dah tak gunalah jadi baik, jadi baik pun parent bukan suka

so sy buat keputusan sy tak balik rumah, sy ddk masjid sri petaling

abg azli tlg sy berkenalan dgn maula razif(org yg bantu bg amalan)

maulana bagi amalah utk hilangkan sakit

mse lari tkde duit langsung, sehari makan sekali je dgn rm1

lepas dah dpt jawapan daripada amalan baru decide balik rumah

ibu ckp kamu anak derhaka

tiba2 kenalan wanita mesej kembali

jadi saya terus buat keputusan utk meminang

sambung buat amalan dekat rumah sambil planning cara nak bagitahu ibu

sy tulis surat buat ayat2 baik2 sblm bagi sy habis satu kitab barakat makiyyah

pastu bagi surat ibu baca dan jawapan ibu " ibu ok" tapi kene tanya ayah

then cari time utk discus, ayah bawak makan luar di kedai tomyam

ayah tnya kamu betul ke, kamu dah fikir masak2? kamu igt khawin senang?

kamu ayah dgn ibu macam mana? pungpangpungpang sy hnya mampu agguk shja

ayah cakap klu betul2 dah nekad ikutlah

pastu sy bagi no telefon cikgu nik(mertua) pada ayah sbgai wakil utk minta kebenaran merisik

tapi jawapan tidak dpt diberikan segera kerana ketika itu kenalan wanita sedang di booking

saya hanya bertawakal kerana saya tahu jika ada jodoh psti tak kemana

selepas beberapa minggu tiba2 cikgu telefon ayah saya bagi tahu dia bersetuju untuk menerima kedatangan rombongan merisik

bermula la kisah kopang dipalu

selesai merisik hari yg sama tetapkan tarikh menikah

 

2015

saya khawin saya tiada kerja baru nak mencari kerja

saya dapat 3 tawaran kerja, 

kerja broker, kerja kilang, kerja insuran.. 

saya fikir dan sy buat keputusan untuk masuk insuran sebab bos sy jemaah tabligh sama macam saya. masa tu saya tak tahu apa2 tentang insuran, 

untuk masuk jual insuran perlu ambik test dahulu, dan saya berjaya lulus kedua2 test tersebut barulah saya mendapat lesen untuk menjual insuran. 

kerja di syarikat insuran sebagai ejen tiada basic, hanya ada komisen jadi saya bermula dengan kosong, 

ketika itu program gaji basic belum diperkenalkan di syarikat insuran saya, 

jadi selama setahun saya jual insuran sy hanya berjaya mendapat 25 client sahaja, 

utk 25 org tu sy hanya mendapat komisen lebih kurang rm500 sahaja tu pun ada yang tak bayar tak teruskan jadi makin sikit komisyen yg saya dapat

masa tu sewa rumah pun rm500

takde duit, sy pinjam bos rm500 

bos bagi pinjam selama 3 bulan je, lepas 3 bulan dia dah tk boleh nk tolong

jadi sy pandai2 hidup

Comments

Popular posts from this blog

Siapa cakap untuk berjaya perlu lalui susah payah? Allah boleh beri kejayaan tanpa susah payah kepada hamba pilihanNya.

Tetap Dihumban Ke Neraka Walaupun Tidak Pernah Meninggalkan Solat