6 SIFAT SAHABAT

 Untuk berjaya dunia dan akhirat kita perlu ikuti orang yg dah berjaya yakni para sahabat radhum. para sahabat adalah manusia yg telah diiktiraf oleh allah kerana itu mereka mendapat gelaran radiallah. allah redha dgn mereka. 

SahabatKu Umpama bintang di langit, ikutilah mereka, nescaya kamu tidak akan berjaya.


SIFAT 1: LAILHAILLAH MUHAMMADURASULULLAH

Makna iman dari segi bahasa ialah menerima dengan penuh yakin perkhabaran Rasulullah saw tanpa melihat dengan mata sendiri semata-mata kerana mempercayai Baginda saw.

maksud lailahaillah Iman Yakin Sempurna pada Allah

Kita nak keluarkan kebesaran makhluk dan masukkan hanya kebesaran Allah kita nak nafikan selain daripada langsung tak boleh buat apa2 pangkat, harta, jawatan, kekuasaan, kekayaan, keturunan semua tak boleh bagi manfaat dan mudarat hnya allah shja yg boleh manfaat dan mudarat. Allah khalid pencipta selain dari makhluk dicipta oleh allah swt. allah  menghidupkan, Allah yang mematikan. Allah yang memberi dan Allah yang memberi mudharat. Allah yang memberi sakit, Allah yang memberi sembuh. Selain Allah adalah makhluk, tidak boleh beri manfaat atau mudharat.

Api tidak boleh membakar Nabi Ibrahim as. dan pisau tidak dapat melukakan leher Nabi Ismail as. Api dan pisau adalah makhluk tidak boleh memberi mudharat tanpa kebenaran dari Allah. Dalam kisah Ashaabul Kahfi: 7 pemuda bersama seekor anjing (Al Kahfi: 9-26), Allah tidurkan selama 309 tahun tanpa makan dan minum tetapi tidak mati. Sebab bukan makanan dan minuman yang menghidupkan, yang menghidupkan atau mematikan ialah Allah. Keyakinan beginilah yang dikatakan IMAN yang kita hendak usahakan dalam hati kita, kaum keluarga kita dan seluruh umat

Kelebihan;

·      Barang siapa yang ada iman walaupun sebesar zarrah, di akhirat Allah akan kurniakan ia syurga yang besarnya 10 kali ganda dunia.

·      Barang siapa yang dapat ucap LAA ILA HA ILLALLAH (kalimah iman) di akhir kalamnya, Allah mewajibkan syurga baginya.

Untuk mendapatkannya

·      Untuk mendapatkan iman tidak ada cara lain melainkan kita kena cakap, dengar, lihat dan fikir akan kebesaran Allah lagi dan lagi. Bila kita cakap, dengar, lihat dan fikir kebesaran Allah lagi dan lagi, iman kita akan meningkat. Bila kita ada kekuatan iman, mudah untuk kita taat perintah Allah.

·      Kita dakwahkan kepentingan Hakikat Kalimah Syahadah ini.

·      Kita doa agar Hakikat LAA ILA HA ILLALLAH (kalimah iman) ini ada pada diri kita dan umat seluruhnya.


MUHAMMADURASULULLAH

maksud ialah meyakini cara hidup nabi sahaja bawa kejayaan

Untuk berjaya kita kena taat perintah Allah cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw. Cara hidup selain dari sunnah Rasulullah SAW (cara hidup yahudi, nasrani dan majusi atau cara kita sendiri) tidak akan membawa kepada kejayaan. Malah, sekiranya ia diamalkan, akan membawa kepada kegagalan. Setiap apa yang Rasulullah SAW bawa adalah kebaikan, kejayaan,

Kelebihan:

·      Barang siapa yang menghidupkan satu sunnah di zaman fasakh dan mungkar (kerosakan ummat) Allah akan beri ganjaran 100 pahala mati syahid. 1 pahala mati syahid sudah cukup untuk kita masuk syurga.

·    Semakin banyak mengamalkan sunnah akan semakin dekat dengan Rasulullah SAW di akhirat nanti.

·      Rasulullah SAW bersabda: “Sekelian umatku akan masuk syurga tetapi bukanlah mereka yang menolak aku. Para sahabat bertanya: “Siapa yang menolak?” Jawab beliau: “Mereka yang mengikut aku akan masuk syurga tetapi mereka yang membantahi aku, mereka menolaki aku”.

·      Kalau kamu benar-benar mencintai Allah maka ikutlah aku (Rasulullah), kemudian Allah akan mencintai kamu dan mengampunkan dosa-dosa kamu. (3: 31)

 

Untuk mendapatkannya;

·      Untuk berjaya, tidak ada cara lain melainkan kehidupan kita 24 jam (dari bangun tidur hingga ke tidur) berlandaskan sunnah Rasulullah SAW. Untuk itu, kita kena usahakan untuk amal sunnah dalam kehidupan seharian kita. Sunnah terbahagi kepada 3. Surah, sirah dan sarerah., Surah ialah penampilan nabi, sirah adalah perjalanan hidup nabi dari nabi bangun tidur hingga nabi tidur kembali seperti adab  ke tandas , adab  masjid adab makan, adab tidur dll. Manakala sarerah pula adalah fikir nabi  SAW bagaimana seluruh umat nabi hatta bayi terakhir lahir sebelum kiamat pun dapat ucap LAA ILA HA ILLALLAH  dan masuk syurga Allah, dan yang utama ialah kerja sebenar Rasulullah SAW iaitu DAKWAH jadi kerja kita (maksud hidup). Setiap sunnah pasti ada kejayaan.

·      Kita dakwahkan kepentingan Hakikat Kalimah Syahadah ini.

·    Kita doa agar Hakikat MUHAMMADUR RASULULLAH ini ada pada diri kita dan umat seluruhnya.


SIFAT 2: SOLAT KHUSYUK DAN KHUDHUK

Maksud Solat Adalah Untuk mendapat manfaat langsung daripada kudrat Allah swt dgn mentaati perintah Allah swt mengikut cara Nabi saw

Maksud solat yang khusyu’ dan khudu’ ialah solat sepertimana solat Rasulullah SAW iaitu solat yang dapat tarik hidayah Allah, solat yang dapat tarik rahmat dari khazanah Allah dan sekurang-kurangnya solat yang dapat mencegah daripada fasakh dan mungkar.

Para sahabat mereka yakin dengan solat mereka boleh selesaikan masalah, bila mereka adalah masalah mereka akan bersolah dan berdoa minta bantuan allah sebab itu solat sahabat dapat menarik bantuan dan khazanah allah, dengan solat pengisar gandum saidina ali berputar dgn sendiri

Kelebihan:

·      5 Ganjaran yang paling istimewa Allah kurniakan bagi orang-orang yang menjaga solatnya; keberkatan rezeki di dunia, seksa kubur diangkat, menerima cacatan amalan di tangan kanan (di padang masyar), melintas titian sirat sepantas kilat dan masuk syurga tanpa hisab.

·      Seseorang yang solat berjemaah selama 40 hari tanpa ketinggalan takbir yang pertama mendapat dua jaminan; keselamatan dari api neraka dan bebas dari nifaq (sifat orang munafik).

 

Untuk mendapatkannya;

·      Kita kena tahu tentang KEPENTINGAN (nilai) solat dan risau serta sedih bila kita lihat orang lain dengan sengaja tinggalkan solat.

·      Kita kena  tunaikan solat fardhu kita sebagaimana cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW iaitu di awal waktu, berjemaah di masjid di mana azan diazankan bagi setiap lelaki. Awal waktu dan di bilik masing-masing bagi kaum wanita.

 Kita juga kena perbanyakkan solat-solat sunat dan panjangkan rakaat dengan bacaan Al-Quran.

·      Belajar ilmu mengenai solat seperti mandi wajib, istinja’, wudu’, tayamum, rukun solat (mana yang fardhu dan mana yang sunat) dan makna bacaan dalam solat.

·      Di dalam solat kita usahakan untuk dapatkan Sohih Ehsan - yakni sewaktu kita solat, seolah-olah kita melihat Allah atau sekurang-kurangnya kita sedar yang Allah sedang melihat kita (dari mula takbiratul ihram hingga ke salam).

·      Kita dakwahkan kepentingan Hakikat Solat..

·      Kita doa agar Hakikat Solat ini ada pada diri kita dan umat seluruhnya.

 

SIFAT 3: ILMU DAN ZIKIR

maksud ilmu adalah kita mesti mempelajari ilmu agama dan mengetahui apakah perintah allah utk diri kita saat ini

Ilmu yang paling utama ialah ilmu Fadha’il, ilmu yang menerangkan nilai atau kelebihan sesuatu amalan. Dengan mengetahui kelebihan sesuatu amalan, ia akan menjadi pendorong untuk melaksanakan amalan tersebut. Fadhail akan membuahkan jazbah agama yang betul dan mendorong kita untuk belajar Masa’il (ilmu hukum hakam dan cara perlaksanaan sesuatu ibadah) bagi menyempurnakan sesuatu amalan dan boleh dipelajari dari alim ulamak, guru-guru dan orang-orang alim.

Kelebihan:

·      Orang yang berilmu itu ditakuti oleh syaitan dari 1000 abid (ahli ibadat)

Untuk mendapatkannya;

·  Kita hendaklah lapangkan masa duduk dalam halaqah fadhail (ta’leem masjid dan rumah).

· Berguru dengan ustaz yang ahli bagi mempelajari ilmu2 Masa’il.

·      Kita dakwahkan kepentingan Hakikat Ilmu.

·    Kita doa agar Hakikat Ilmu ini ada pada diri kita dan umat seluruhnya.

 

ZIKIR

Mentaati segala perintah Allah swt dengan penuh tumpuan dan menyedari bahawa allah sdg melihat saya

Maksud zikir ialah kita hendak menghindarkan diri kita (dalam setiap waktu dan keadaan) dari kelalaian

megingati allah swt supaya terhindar daripada melakukan larangan allah


Kelebihan:

Sungguh beruntung bagi orang yang sentiasa ingat akan Allah.        

·      Orang yang membasahi lidahnya dengan zikirullah akan masuk syurga dengan tersenyum-senyum.

·      Bahawa pintu-pintu syurga ada lapan pintu, salah satu daripadanya teruntuk bagi orang-orang yang berzikir sahaja .

- orang yg berzikir hidup disisi allah yg tidak berzikir mati disisi allah

- orang yg berzikir hatinya akan menjadi tenang


Untuk mendapatkan hakikat zikir kita hendaklah;

·      sempurnakan secara istiqamah zikir 300 pagi dan 300 petang;

        Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar tanda kita kasih Allah.

        Selawat, tanda kita kasih Rasulullah saw

        Ishtigfar, tanda kita kasih diri sendiri.

·         Bacaan Al-Quran setiap hari amalkan doa-doa masnun.

·         Kita dakwahkan kepentingan Hakikat Zikir.

·         Kita doa agar Hakikat Zikir ini ada pada diri kita dan umat seluruhnya.

 

SIFAT 4: IKROMULMUSLIMIN

Menyempurnakan dengan penuh tanggungjawab perintah-perintah Allah swt yang berkaitan dengan hamba-hamba Allah

Maksud ikramul muslimin ialah memuliakan sesama Islam dengan menunaikan hak-hak mereka tanpa mengharapkan balasan,  semata-mata mengharapkan redha Allah

Rasulullah saw mengingatkan, tidak sempurna iman seseorang sehingga dia mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri

Ikram paling kurang para sahabat ialah mereka tidak jadikan perkataan dan perbuatan mereka menyakiti atau menyusahkan orang lain. Kita sebokkan diri kita untuk lihat keburukan sendiri dan tidak ada masa untuk lihat keburukan orang lain.

Semua manusia akan menuntut hak masing2 di padang masyhar

Kelebihan:

·      Barang siapa pergi untuk menyempurnakan keperluan yang penting bagi saudaranya, khidmat yang sedemikian terlebih baik baginya daripada beriktikaf selama sepuluh tahun, dan barang siapa melakukan iktikaf sehari mencari keredhaan Allah, Allah akan membukakan tiga parit antaranya dengan api neraka, lebarnya di antara satu parit dengan yang lain adalah di antara bumi dengan langit.

·      Barang siapa yang menunaikan hak sesama Islam tanpa menuntut hak, Allah akan kurniakan 73 hasanah. Satu hasanah cukup untuk keperluan dunia dan selebihnya Allah simpan untuk akhirat.


Untuk mendapatkannya;

·      Untuk itu kita kena usahakan untuk tunaikan hak seluruh kaum muslimin dengan memuliakan para alim ulamak, menghormati orang tua, menyayangi kanak-kanak dan menghargai sesama Islam (baik sangka dengan semua orang).

·      Rasulullah SAW bersabda: “Bukanlah dia dari para pengikutku yang tidak menghormati orang tua-tua, tidak belas kasihan kepada kanak-kanak dan tidak menghurmati para alim ulamak”.

·      Kita juga kena banyakkan ziarah (dengan kasih sayang) sesama kaum muslimin, ziarah semata-mata kerana Allah.

·      Kita dakwahkan kepentingan Hakikat Ikram.

·      Kita doa agar Hakikat Ikram ini ada pada diri kita dan umat seluruhnya.

 

SIFAT 5: IKHLAS NIAT

Menyempurnakan perintah-perintah Allah swt semata-mata untuk mendapat keredaanNya

Maksud ikhlas ialah laksanakan segala perintah Allah dan tinggalkan segala larangan Allah semata-mata kerana Allah, untuk sukakan Allah

Ikhlas adalah rahsia dalam rahsia Allah, perumpaan ikhlas adalah seperti seekor semut yg hitam berjalan di atas batu yg hitam dan dimalam yg gelap, takde sapa nampak dan takde sapa yg tahu hnya allah shja yg tahu

Kelebihan :

Ikhlas membesarkan nilai amal. Barang siapa yang bersedekah walaupun sebesar biji tamar dengan ikhlas, Allah akan kurniakan ganjaran pahala sebesar gunung Uhud

Untuk mendapatkannya;

·      Kita hendaklah sentiasa perbetulkan niat kita semata-mata kerana Allah (semak amalan di awal, pertengahan dan di akhir beramal). Apabila di hati kita ada tanda-tanda kurang ikhlas, segera istigfar dan perbetulkan niat kita semata-mata kerana Allah.

·      Sesuatu amalan itu hendaklah dikerjakan dengan istiqamah, insya-Allah, keikhlasan akan datang pada diri orang yang beramal itu.

·      Kita dakwahkan kepentingan Hakikat ikhlas.

·      Kita doa agar Hakikat ikhlas ini ada pada diri kita dan umat seluruhnya. 

 

SIFAT 6: DAKWAH DAN TABLIGH

Kita hendaklah berusaha menghidupkan usaha agama dengan cara Rasulullah saw di seluruh alam untuk membetulkan keyakinan kita dan membawa seluruh umat kepada keyakinan dan amalan yang betul.

Maksud dakwah dan tabligh ialah kita nak  bawa dakwah cara nabi saw ke seluruh pelusuk alam untuk islah yakin dan amal kita dengan mengajak orang lain untuk maksud dan tujuan yang sama

Sesungguhnya allah telah membeli dengan syurga (at taubah111) maka gunakanlah harta masa diri kita mengikut kehendak allah dgn bermujahadah di jalan allah

Kelebihan:

Tersangat beruntunglah orang yang Allah pilih untuk keluar di jalanNya dan buat kerja kerja agama.

·      Anas bin Malik r.a  meriwayatkan bahawa  Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya keluar berjuang di jalan Allah sepagi atau sepetang adalah lebih baik daripada dunia dan isinya.

·      Debu-debu yang melekat pada badan orang yang keluar di jalan Allah, Allah haramkan api neraka hatta asapnya sekali.

·      Orang yang keluar di jalan Allah, amalannya akan dilipat-gandakan sekurang-kurangnya 700,000 kali.

 

Untuk mendapatkannya;

Untuk belajar usaha agama kita kena pergi kepada suasana.

·      Kita kena keluar bermujahadah dengan harta dan diri di jalan Allah. Sebagai langkah pertama, kita kena usahakan untuk keluar 4 bulan IPB secepat mungkin, setiap tahun sekurang-kurangnya  40 hari

·      kita kena hidupkan usaha tempatan (5 amal jemaah masjid) di kampong kita iaitu fikir harian, 2 1/2 jam, 2 ta’leem, 2 ziarah dan keluarkan jemaah sempurna (72 jam) dari mohala sendiri setiap bulan.

·      Kita dakwahkan kepentingan Hakikat Dakwah dan Tabligh.

·      Kita doa agar Hakikat Dakwah dan Tabligh ini ada pada diri kita dan umat seluruhnya.

 


Comments

Popular posts from this blog

Siapa cakap untuk berjaya perlu lalui susah payah? Allah boleh beri kejayaan tanpa susah payah kepada hamba pilihanNya.

Tetap Dihumban Ke Neraka Walaupun Tidak Pernah Meninggalkan Solat